Sunday, May 3, 2009

I love this one (cited from somewhere)

YA ALLAH dengan izinMu,
Telah banyak yang ku lalui,
HIngga pernah resah jiwa ini,
Hingga pernah gelisah jiwa ini,
Cinta dunia pernah merantai hati,
Walau tidak pernah ku zahiri dalam sederap langkah
perjlanan hidupku...
Jika dulu telah Engkau izinkan aku ,
merasai kehangatan kasih dalam alpa,
membenarkan aku menikmati rindu Hawa kepada Adam,
membiarkan aku bahagia dalam sementara,
Cukuplah Tuhanku..
Kerana disebalik semua itu aku pernah kehilangan cintaMU..
Pernah gersang jiwaku,
Pernah tandus imannku,
Derita itu benar-benar merobek ketenanganku,
Hatiku yang telah retak semakin retak,
Solatku tiada lagi khusyuknya,
Rukukku tiada lagi ikhlasnya,
Sujudku melayang bersama fikiranku
merentasi dunia,
Tahajjudku tiada lagi serinya,
Munajatku hilang air matanya,
dan Imanku longlai untuk berkata-kata......
YA ALLAH,
HAti ini benar-benar bahagia dengan mengingati MU,
Hati ini benra-benar derita tatkala melupakan MU,
Syukurku padaMU TUHAN atas segala nikmat MU...
YA ALLAH,
Ku bermohon padaMU..
Janganlah Engkau lenyapkan,
Janganlah Engkau kuburkan,
tapi Suburkanlah cintaku pada MU TUHAN..
Biarkanlah hati ini terus berpaut dan mengharap hanya padaMU...
KUrniakanlah daku sekeping hati yang kuat agar ia terus hidup dalam cahayaMU selamanya...

0 comments: